Sebaik sahaja urusan penamaan calon selesai, setiap parti politik yang bertanding boleh memulakan kempen meliputi pemasangan poster, mengedarkan risalah, kempen dari rumah ke rumah dan ceramah untuk menerangkan manifesto masing-masing. Walau bagaimanapun, setiap kempen yang dianjurkan hendaklah tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan khas untuk berkempen seperti yang telah dirangka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan ) 2002. Antara lain, akta ini menyatakan bahawa sebarang kempen hanya boleh diadakan sejurus selesai proses penamaan calon dan hendaklah dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Justeru, untuk memastikan perjalanan pilihan raya berjalan dengan lancar, SPR mempunyai kuasa di bawah Perkara 3 (5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen jika keadaan memerlukan. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh SPR, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti atau calon yang bertanding.
Thursday, September 1, 2016
Kempen Pilihan Raya

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment