Kempen Pilihanraya
Dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen seperti yang dipraktikkan oleh Malaysia, mekanisme pilihan raya telah digunakan untuk menentukan corak pemerintahan negara. Proses pilihan raya akan melibatkan pengundi, parti-parti politik dan juga kerajaan. Parti-parti politik yang bertanding akan mengisytiharkan calon dan manifesto masing-masing. Sepanjang tempoh berkempen diadakan, calon-calon yang terpilih akan menjelajah ke seluruh pelosok tanah air dengan membawa ucapan manifesto masing-masing untuk meraih sokongan dan seterusnya mempengaruhi rakyat agar memilih parti mereka semasa hari pengundian diadakan. Melalui kempen yang diadakan, rakyat berpeluang menilai personaliti dan juga aspirasi seseorang calon yang bakal mewakili mereka di parlimen kelak. Walau bagaimanapun, setiap calon yang bertanding perlu memenuhi beberapa syarat seperti hendaklah warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini. Calon-calon yang didapati melanggar salah satu daripada syarat kelayakan seperti didapati tidak siuman, bankrap atau muflis, memperoleh kewarganegaraan lain dan sebagainya tidak akan dibenarkan bertanding.
No comments:
Post a Comment