Friday, September 30, 2016

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR





       Berdasarkan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah ditubuhkan pada 4 September 1957. Pada ketika itu Suruhanjaya ini di anggotai oleh seorang Pengerusi dan dua orang ahli. Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan merupakan ahli yang pertama di lantik sebagai pengerusi SPR manakala ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh. Setelah Malaysia di tubuhkan pada tahun 1963 ahli-ahlinya ditambah kepadatiga orang.  Ahli tambahan itu berasal sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Yang Berbahagia Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili dua negeri berkenaan. Perkara 114  Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada tahun 1981  bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi iaitu Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan orang pertama yang  mengisi jawatan tersebut . Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR menjadi tujuh orang iaitu seorang Pengerusi,seorang Timbalan Pengerusi dan lima orang ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak. Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, SPR telah membentuk sebuah Urusetia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi Urusetia tersebut. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958. Kedudukan SPR termaktub dalam Perkara 113-120 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan peranan SPR sebagai sebuah badan yang berperanan untuk menyelia dan menjalankan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama. SPR merupakan sebuah badan yang bebas daripada pengaruh politik. Antara fungsi SPR ialah:


1. Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya;

2. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih;
3. Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil; dan 
4. Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calonmemenuhi kriteria dan m   
    kelayakan yang diperlukan.


 Pelantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang di-PertuanAgong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Ahli-ahlinya terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tiga orang ahli lain yang akan membantu SPR. Ahli-ahi tersebut hendaklah berumur tidak lebih daripada 65 tahun serta seorang yang tidak muflis dan tidak memegang jawatan bergaji yang lain dan bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. SPR juga telah menubuhkan sebuah Urusetia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Eksekutif, Ketua Pentadbir Urusetia dengan dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urusetia SPR menjalankan tanggungjawab berdasarkan garis panduan dan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh SPR. Bagi memastikan kelicinan perjalanan pilihan raya, Urusetia SPR juga menubuhkan cawangannya yangdikenali sebagai Pejabat Pilihan Raya Negeri di setiap negeri, kecuali Perlis danWilayah Persekutuan Labuan.


No comments:

Post a Comment