Wednesday, July 27, 2016

Hari Pengundian





             Hari mengundi merujuk kepada hari para pemilih membuang undi masing-masing.  Secara rasmi, ia akan bermula dari jam 1200 tengah  malam dan hanya akan berakhir sejurus selepas keputusan pertama pilihan raya diumumkan.  SPR telah menetapkan bahawa waktu pembuangan undi ialah dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.  Walau bagaimanapun, SPR boleh menggunakan budi bicara untuk memendekkan waktu pengundian atas alasan keselamatan dan logistik seperti yang berlaku di daerah-daerah tertentu dalam negeri Sabah dan Sarawak.  







No comments:

Post a Comment