Penjumlahan Rasmi Undi





   
          Sejurus selepas urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiraan kertas undi.  Keputusan pengiraan akan dimasukkan ke dalam borang 14 dan ia akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk proses penjumlahan rasmi undi.  Setelah disemak dan disahkan betul, Pegawai Pengurus akan membuat pengumuman keputusan jumlah undi satu persatu.  Sebaliknya sekiranya timbul keraguan atau bantahan, beliau akan menyemak semula dengan menggunakan Borang 13 (Penyata Kertas Undi).  Apabila semua keputusan Borang -14 (Penyata Pengiraan Selepas Pengiraan Undi) dan Borang – 15  (Penyata Pengundian Kertas Undi Pos) diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.











No comments:

Post a Comment